Terbaiklah…Tindakan pantas kru kabin Air Asia ini mendapat pujian ramai!

Tindakan pantas kru kabin Air Asia ini mendapat pujian ramai!

Jenayah curi merupakan salah satu jenayah yang boleh berlaku di mana sahaja. Baru-baru ini, seorang lelaki berbangsa India yang sedang membuat perjalanan dari Colombo ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Air Asia telah kehilangan wangnya.

Menurut mangsa yang lebih dikenali sebagai Mathyalagan Pathmanathan, sebaik sahaja tiba di KLIA2, dia telah membuka beg bagi mengeluarkan dua beg duitnya yang dikatakan mengandungi wang tunai berjumlah RM1,600 dan RPS85,000 (anggaran RM5,100).

Namun begitu, sebaik membuka begnya, Mathyalagan mendapati kedua-dua beg duitnya sudah hilang. Dia bergegas memaklumkan mengenai kejadian berkenaan kepada kru penerbangan dan meminta mereka untuk memeriksa beg penumpang lain di dalam pesawat tersebut.

Menurut Mathyalagan lagi, dia terpaksa meletakkan begnya di barisan keempat di mana terdapat seorang lelaki warga China yang agak mencurigakan. Malah, kru penerbangan turut mendakwa bahawa lelaki China berkenaan seringkali dilihat bangun dari tempat duduk dan membuka ruang penyimpanan barang di situ.

Bagi membantu Mathyalagan mendapatkan semula wangnya, kru kabin telah memaklumkan kejadian ini kepada juruterbang sebelum memulakan pencarian lelaki yang disyaki itu.

Sebaik sahaja menemuinya, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati beg milik lelaki China berkenaan mengandungi banyak wang tunai daripada pelbagai jenis mata wang!

Bukan sahaja itu, ketika suspek diminta untuk berdiri bagi memeriksa jaket yang dipakainya, satu bungkusan plastik berwarna hitam telah terjatuh dan di dalam beg plastik itu mengandungi wang milik Mathyalagan!

Berikutan itu, pihak keselamatan Air Asia dan juga polis lapangan terbang segera menahan suspek untuk direman. Dilaporkan lelaki berkenaan sedang melakukan penerbangan transit di Malaysia untuk ke Jakarta.

Tindakan pantas kru penerbangan dan kejayaan memberkas penjenayah ini mendapat pujian ramai.

Sebagai pengajarannya, pastikan anda sentiasa memegang duit dan pasport anda pada setiap masa bagi mengelakkan kejadian seperti ini daripada terjadi.

Sumber : sembangberisi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*