“Kejam”….Isteri Diceraikan Ketika Lawan Kanser Tahap 4..

SEBAK hati kami tatkala membaca perkongsian cerita oleh seorang pegawai perubatan, Mohd Faizal Nor Azmi menerusi laman Facebook dan Instagramnya ini.

Masakan tidak, di saat seorang wanita perlukan sokongan dan kasih sayang, dirinya disisihkan oleh suami tanpa belas kasihan.

Kisahnya mengenai seorang pesakit kanser tahap empat yang tidak menduga akan menerima surat cerai tatkala sedang mendapat rawatan di hospital.

Menurut Faizal, pesakit wanita itu tidak henti-henti menangis setelah menerima surat tersebut.

Kisah wanita malang menghidap kanser ini sekali gus menjadi viral dan mengundang simpati netizen.

Rata-rata menyelar suami wanita itu dengan menyifatkannya sebagai lelaki dayus dan kejam.

“Celakalah lelaki itu kerana tidak menghargai detik-detik pengorbanan isterinya,” tulis Mekarnya Lestari.

“Tiada otak nye orang. Ko potong je kon*k laki tu Mohd Faizal. Such a looser,“ tulis Sunny Naeem.

Pada masa sama, ramai netizen turut mendoakan agar wanita itu tabah dan sabar mengharungi ujian ini

sumber: hastagviral.com

Tanda Dan Tahap Kanser

Tanda Dan Tahap Kanser – PENDIDIKAN PESAKIT” data-description=”SIMPTOM KANSER SERVIKS Terdapat beberapa tanda awal kanser serviks yang perlu anda ketahui iaitu :- Pendarahan selepas putus haid/menopous. Keluar lelehan luar biasa dan berbau busuk dari faraj. Pendarahan : Ketika dan selepas hubungan seks atau antara haid. Sakit ketika melakukan hubungan seks. Sakit belakang/sakit dibahagian peranakan. TAHAP/PERINGKAT KANSER SERVIKS Tahap kanser serviks memainkan …”>

SIMPTOM KANSER SERVIKS

Terdapat beberapa tanda awal kanser serviks yang perlu anda ketahui iaitu :-

Pendarahan selepas putus haid/menopous.
Keluar lelehan luar biasa dan berbau busuk dari faraj.
Pendarahan : Ketika dan selepas hubungan seks atau antara haid.
Sakit ketika melakukan hubungan seks.
Sakit belakang/sakit dibahagian peranakan.
TAHAP/PERINGKAT KANSER SERVIKS

Tahap kanser serviks memainkan peranan penting bagi menentukan kaedah rawatan yang sesuai serta menentukan survival pesakit. Tahap kanser serviks boleh mengesan sejauh mana kanser itu telah merebak.

TAHAP 0 (Karsinoma In Situ)
– Sel-sel yang tidak normal akan berada dalam lapisan serviks yang paling dalam. Pada tahap ini, ketumbuhan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia merupakan penyakit mikrosopik.

TAHAP 1
– Pada tahap ini, kanser adalah terhad kepada serviks/pangkal rahim sahaja.

TAHAP 2
– Kanser telah merebak melepasi pangkal rahim atau telah merebak ke dinding vagian tetapi
tidak ke tisu-tisu yang melapisi dinding pelviks.

TAHAP 3
– Kanser telah merebak ke dinding bawah vagina dan/atau ke dinding pelviks dan/atau telah menyekat
salur kencing/berlakunya pembekakan pada buah pinggang (hyronephrosis)

TAHAP 4
– Kanser telah merebak ke pundi kencing, rektum atau organ tubuh yang lain.

RAWATAN KANSER SERVIKS

Pembedahan – Bergantung kepada masalah yang telah dikenalpasti, doktor akan mencadangkan jenis pembedahan yang diperlukan bergantung kepada lokasi dan tahap kanser serviks.
Terapi
Radioterapi
Kemoterapi
pendidikanpesakit.myhealth.gov.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*