[GEMPAR] Besut – Sayu !! “Maafkan Abang” – Mereka Tetak Adik Saya Tanpa Rasa Belas Kasihan …

BESUT : Salah faham antara punca seorang lelaki ditetak dengan kejam depan mata abang, dalam kejadian petang semalam di Kampung Pengkalan Nyireh Besut.

Abang kepada mangsa yang maut ditetak menceritakan punca sebenar kejadian ketika membuat laporan polis mengenai kes tersebut.

“Saya lihat motosikal ibu suspek terbakar dan abang kepada suspek yang memegang minyak tanah sebelum motosikal tersebut terbakar, lalu saya menghubungi suspek yang bernama Khairul untuk memaklumkan motosikal milik ibunya terbakar, selepas kejadian dia bergegas pulang”

“Selepas itu suspek menghubunginya dan menuduhnya membakar motosikal milik ibu suspek, katanya, sepupu suspek yang melihat kejadian itu”

“Lalu saya bersama bersama adik saya Shahrul dan rakan saya bernama Aiman pergi ke rumah suspek dengan menaiki Myvi dengan hasrat untuk menceritakan apa sebenarnya berlaku dalam kejadian tersebut kepada suspek”

“Malangnya seorang demi seorang sepupu dan rakan suspek muncul, lebih kurang 10 orang cuba menyerang saya, adik, dan Aiman menyebabkan kami lari untuk cuba menyelamatkan diri”

“Malangnya, ketika melarikan diri adik saya shahrul terjatuh lalu ditetak oleh mereka. Ketika kejadian yang mencemaskan itu, adik saya sempat menyuruh saya dan Aiman lari untuk selamatkan diri sehingga lah dia maut” kata nya melalui laporan polis.

“Apa yang berlaku sungguh pantas dan saya sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan adik saya, shahrul dan mengakibatkan dia maut dengan tragis disebabkan kecederan parah akibat tetakan”

Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditemui mati ditetak dalam kejadian di Kampung Pengkalan Nyireh dekat Kampung Raja di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira kira jam 5.15 petang, mangsa berusia awal 20an ditemui lengkap berpakaian dengan kesan kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum mayat mangsa ditemui polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan berlaku satu pergaduhan berhampiran tapak pasar Tani Pangkalan Nyireh.

Menurutnya, susulan kejadian itu polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dipercayai ditetak.

Mangsa cedera parah di beberapa anggota badan dipercayai ditetak dengan senjata tajam. Motif kejadian masih belum dikenalpasti dan butir-butir mangsa belum diperolehi. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Mohd Zamri berkata lagi, polis sedang giat melancarkan gerakan mengesan suspek bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Nota JomChitChat:
Al fatihah untuk mangsa. Min rasa sangat sedih dengan kejadian diatas, bayangkan adik anda sendiri ditetak didepan mata. Allah. Dengan Zaman sekarang ni, macam-macam perkara boleh berlaku, Min pun kadang-kadang takut nak bercakap lebih kat luar sana, kita tak tahu apa yang akan terjadi kalau orang tak puas hati dengan kita.

Penduduk Kg Ketakutan, Bayi 2 Bulan Maut Dimakan Hantu Penanggal..Seram Weii Ada Video

Warga Balangan Kalimantan selatan Gempar dalam sebulan terakhir apabilan hantu kunyang “penanggal” berkeliaran menggangu orang awam.

Kejadian tersebut pada awalnya terjadi di desa tebing tinggi bontang ,kemudian berpindah ke kampung Balangan.

Pada Kamis (29/12) kelmarin seorang wanita warga bontang bernama syarifah mendakwa anak keduanya keyla yang baru berusia 2 bulan maut akibat darah di hisap oleh hantu penanggal.

Menurut pengakuan Syarifah pada jam 01.00 malam kejadian ketika itu bayinya menangis sehingga ia terbangun dan menyusukannya,setelah tertidur ia meletakkan Kyla semula.

Tiga jam berikutnya sekitar jam 04.00 dia terbangun dan mendapati badan bayinya dalam keadaan miring,selepas dilihat terdapat bercakan darah di kening bayi.

“Pada awalnya saya dan suami sangka bayi di gigit nyamuk,tapi lepas saya teliti muka anak saya agak aneh,ia pucat,bibirnya berubah warna biru,setelah di angkat hidung dan mulutnya mengeluarkan darah bercampur air susu,katanya.

Hal tersebut membuat Syarifah dan suaminya Muhammad Arief terkejut dan cuba melarikan anaknya kehospital,namun pihak doktor berkata bahwa anaknya itu mati akibat terjatuh dan pembuluh darahnya pecah.
Bagaimanapun Syarifah dan suaminya, Muhammad Arief menafikan hal tersebut karena mereka tidur dibawah beralaskan tilam,”macam mana anak saya boleh jatuh kami tidur dibawah” katanya.

Lebih mengejutkan,Syarifah berkata bahwa jenazah keyla dilihat membiru dan lembek dari bagian punggung ke tulang belakang.

Antara barang yang dijumpai berhampiran pekuburan kampung balangan

Sementara di kampung Balangan (sebelah bontang) Kepala kampung Jamnah Senin (9/1/2017) membenarkan adanya manusia jadi jadian itu dan sudah memasuki dua rumah penduduk dikampung balangan.

Salah seorangnya berjaya merakam penampakan hantu penanggal berkenan dan di muat naik ke laman media sosial.

Katanya hantu berkenan menyerupai wanita,berpusing pusing di pokok tepi pantai rumahnya waktu senja.

Menanggapi keresahan warga sekitar pihak polis Balangan Kapolsek Awayan Iptu Agus Sulistiyo mengarahkan pasukan untuk berjaga di kampung berkenan dan mengadakan pertemuan dengan beberapa tokoh agama untuk mencari jalan penyelesaian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*