Bayi 10 Hari Meninggal Selepas Disuap Bubur Ini. Sila Berhati-Hati.

Bayi 10 hari meninggal selepas disuap bubur ini|Kecuaian seorang warga emas telah menyebabkan bayi yang baru lahir meninggal dunia selepas disuap dengan bubur pisang.

Menurut Lia Imelda Siregar, kejadian itu berlaku pada November tahun lalu di Kuala Simpang, Indonesia.

“Ini semua pengajaran buat kita semua. Dulu mungkin bayi baru lahir boleh diberi makan bubur pisang kerana pisangnya masih bersih dan bebas dari racun serangga,” tulisnya di Facebook.

Difahamkan, bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan itu baru saja berusia 9 hari, tetapi telah disuap dengan bubur pisang oleh neneknya meskipun telah dilarang berbuat demikian.

Akibatnya, berlaku pendarahan dari hidung, mulut dan duburnya menyebabkan keluarga itu panik, lalu menghantar mangsa ke hospital.

“Si dedek (bayi) menangis saja. Jadi, saya buatkan bubur pisang untuk dia. Dulu anak-anak saya semua diberi makan bubur ini dan tiada apa-apa masalah yang berlaku.

“Tetapi bila diberi pada cucu, darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya. Saya menyesal. Bidan pun dah melarang sebelum ini tetapi saya degil.

“Sewaktu dilahirkan, beratnya 1.8 kg. Selepas 10 hari, beratnya turun ke 1.3 kg,” katanya sambil menangis dan mengatakan bahawa itu adalah cucu pertamanya.

Sejam selepas dibawa ke hospital, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia.

Lia menasihatkan ibu bapa dan penjaga tidak mengulangi kesilapan warga emas berkenaan dan haruslah diketahui bahawa bayi berusia enam bulan ke bawah tidak digalakkan diberi makan makanan pejal kerana usus mereka masih belum mampu menghadam makanan pejal.

“Jangan beri bayi makan makanan pejal. Kasihan anak kecil ini menderita darah keluar dari hidung, mulut dan duburnya sehingga hilang nyawa akibat kecuaian neneknya sendiri.

“Usus bayi tidak kuat seperti usus orang dewasa. Tolong jangan beri makanan pejal kepada bayi,” tulisnya.

Dalam kejadian lain:

Bayi 10 hari koma selepas kepala dipijak kekasih ibu

Bayi 10 hari koma selepas kepala dipijak kekasih ibu|Jawa barat: seorang bayi berusia 10 hari disahkan koma akibat di dera oleh kekasih ibunya.

lebih kejam lagi apabila dada bayi itu turut di gigit dan kepalanya di pijak hanya kerana bayi malang itu tidak berhenti menangis pada waktu 4:30 pagi.

Menurut ibu mangsa, tangan bayinya juga memiliki bekas luka seperti di bakar menggunakan rokok,apabila di tanya,suspek hanya berkata tidak tahu.

pada keesokan harinya,mangsa dikatakan kejang-kejang sebanyak dua kali kira-kira jam 9 pagi dan jam 2:30 petang.

Pada jam 4:45 mangsa didapati tidak menangis seperti biasa,ibunya cuba membangunkannya sebelum melarikan bayinya itu kehospital.

Pihak hospital mengesahkan bayi malang itu mengalami gegaran otak yang mengakibatkannya koma.

“Ada banyak luka di tubuh mangsa termasuk benturan di kepala,” ujar Dr.Hendy F Kurniawan.

Tubuh bayi perempuan itu juga ditemukan luka memar dari benturan hingga luka bakar dari sundutan rokok. “Ada luka dalam akibat pukulan di kepala. Di perut ada bekas sundutan rokok,Tambahnya.

Bagaimanapun sehingga kini 6 orang telah di tahan reman bagi membantu siasatan atas kes pederaan berkenan termasuk kekasih ibu mangsa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*