Dapat Rm300!! Jika Sanggup Tampal Logo BN Di Kereta Anda.

Pihak yang bersedia memandu dengan logo besar BN ditampal pada kereta mereka boleh berbuat demikian sehingga 4 Mei ini dan akan dibayar RM300, ihsan daripada BN Wilayah Persekutuan.

Sebuah syarikat pengurusan acara yang diupah untuk projek itu kini membuka kaunter di sebuah stesen minyak di Bangsar, Kuala Lumpur, sejak Sabtu lalu, lapor Sin Chew Daily.

Seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Varrence berkata setiap hari antara 50 hingga 60 orang datang untuk tujuan itu, terutamanya hari minggu.

“Kita buat promosi di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian.

“Bangsar adalah tempat pertama di Kuala Lumpur. Kita akan bergerak ke seluruh Lembah Klang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Katanya, terdapat tiga jenis pelekat dengan tema manifesto BN “Hebatkan Negaraku”.

Varrence berkata pemeriksaan kenderaan akan dibuat bagi memastikan berbaloi kereta itu ditampal dengan pelekat BN.

“Kami akan bayar RM150 bila pelekat ditampal dan gambar diambil.

“Bakinya akan dibayar apabila peserta ambil gambar dengan kereta masing-masing pada 4 Mei,” katanya.

Varrence menafikan syarikatnya mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi hanya menjalankan tugas yang diupah.

Walau bagaimanapun Barisan Nasional Wilayah Persekutuan menafikan dakwaan laporan sebuah portal hari ini yang menyatakan individu yang melekat logo BN pada kereta hingga 4 Mei ini akan dibayar RM300.

Penafian itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, laporan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Laporan yang memetik sumber daripada Sin Chew Daily itu mendakwa sebuah syarikat pengurusan acara yang diupah untuk projek itu kini membuka kaunter di sebuah stesen minyak di Bangsar, Kuala Lumpur, sejak Sabu lalu.

Setiap hari didakwa terdapat 50 hingga 60 orang datang untuk mengambil pelekat logo BN terutamanya hari minggu.

Malah, promosi dibuat di Facebook dan pihak yang mahu buat duit tambahan, boleh ambil bahagian dengan mendapatkan tiga jenis pelekat dengan tema manifesto BN “Hebatkan Negaraku”.

Laporan turut mendakwa pemeriksaan kenderaan akan dibuat bagi memastikan berbaloi kereta itu ditampal dengan pelekat BN dan akan dibayar RM150 apabila pelekat ditampal dan gambar diambil.

Bakinya akan dibayar apabila peserta ambil gambar dengan kereta masing-masing pada 4 Mei.

Menurut Datuk Seri Tengku Adnan, penafian telah dibuat sejak semalam, apabila wartawan daripada Sin Chew Daily menghantar mesej dalam Whatsapp bertanyakan kesahihan dakwaan berkenaan.

Tinjauan di Facebook mendapati ramai yang telah terpedaya dengan berita tidak benar yang disebarkan ini.

Sumber: Sin chew Via Malaysiakini
Rujukan: NxDigital

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*