Hanya Membuat Video Untuk Suka Suka Akhirnya Di Buang Kolej Kerana….

Sebagai seorang freshie (pelajar tahun pertama) berusia 19 tahun di Oregon State University, Kendra Sunderland menghabiskan banyak masa di perpustakaan. Apa yang salah dengan perkara itu?

Kendra memberitahu:

“Anda tahu, saya dikenali sebagai gadis perpustakaan.”

Tetapi Kendra mendapat perhatian seluruh negaranya oleh kerana sebab yang salah. Jadi, apa yang dilakukan Kendra?

1. Membuat filem ‘nakal’ di perpustakaan.

Kendra cukup bodoh untuk merakamkan aksi dirinya separuh telanjang di dalam perpustaan yang kelihatan sentiasa sibuk dan ramai orang sambil menyentuh dirinya di depan kamera.

Adakah ini sedikit cabaran gila-gila antara dia dan teman lelakinya? Mungkin tidak, kerana dia sendiri telah memuat naik video itu ke Internet selepas melakukan aksi itu.

2. Kegiatannya hanya diketahui kemudiannya, secara online.

Pekerja lain di perpustakaan pada ketika itu langsung tidak sedar dia berada di sudut paling belakang sambil membuat video nakal ini, dan dia sebenarnya tidak ditangkap ketika sedang melakukan rakaman.

Ia hanya disedari apabila seorang pegawai di sekolah mendapati videonya secara online (bagaimana pegawai itu menyedari video itu secara online, kami pun tidak pasti bagaimana) dan aksinya telah ditangkap oleh pihak berkuasa kolej.

3. Kendra ditangkap oleh pihak berkuasa Oregon.

Membuat filem-filem berbentuk lucah di tempat-tempat awam seperti ini bukan hanya membolehkan diri anda dibuang dari mana-mana kolej di Amerika Syarikat, ia sebenarnya menyalahi undang-undang.

Apabila berita tersebar mengenai video Kendra, dia ditangkap oleh Polis Negeri Oregon kerana mengganggu ketenteraman awam.

4. Dia membayar dengan harga yang mahal!

Pihak polis menahannya, tetapi kemudian membebaskannya tidak lama kemudian. Walaupun begitu, Kendra masih perlu hadir di hadapan hakim dan mempertahankan tindakannya.

Sekiranya dia didapati bersalah, dia boleh didenda sehingga $6000 dan juga 12 bulan penjara! Harga yang tinggi untuk membayar video bodohnya.

Apabila di tanya “Adakah anda terkejut perbuatan anda merakamkan video itu?”

Kendra menjawab:

“Melihat kembali video itu, saya berkata kepada diri saya, OMG… Apa yang telah saya lakukan?”

Kendra meneruskan lagi:

“Kedua ibu bapa saya langsung tidak menyukai perbuatan saya itu.”

“Saya sudah menjangkakan hal ini (dibuang kolej) akan berlaku. Saya amat sedih. Saya masih mahu pergi menonton perlawanan bola keranjang di sana. Saya amat menyukai permainan itu.”

Kendra meninggalkan kolej itu selepas insiden tersebut dan kini diharamkan dari menjejakkan kaki di kampus itu.

Kawan-kawan Kendra semua menjauhkan diri daripadanya, termasuklah bekas teman sebiliknya sewaktu di kolej. Dia menyifatkan kehilangan teman sebiliknya amat pedih.

Kendra juga bercita-cita untuk menjadi seorang model dan menghiasi muka depan bagi majalah-majalah tersohor. “Bayangkan semua orang mengidolakan anda”, katanya lagi.

Kata-kata Kendra yang terakhir sebelum berpisah:

Saya tidak fikir ia adil bagi orang ramai untuk menilai saya berdasarkan satu insiden yang saya lakukan. Banyak orang meletakkan pendapat mereka di luar sana, dan mereka menilai saya untuk perkara itu, dan saya tidak merasa saya patut dihakimi.

Orang mengatakan saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap diri saya sendiri. Saya menghormati diri saya. Saya menghormati badan saya. Saya merasa diberkati dan mempunyai pekerjaan yang saya sukai sekali dan dibayar dengan lumayan.

Orang bimbang tentang apa yang saya lakukan, apabila mereka seharusnya berkata, “Hidupilah hidup anda.”

Ikuti twitter Kendra Sunderland.

Sumber: gontuni.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*