[Terbaru] APA SUDAH JADI PADA SHAFIE APDAL di SABAH??ramai yg TERKEJUT..

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan semakan kehakiman untuk menghalang Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-14 esok.

Bernama melaporkan Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan permohonan ex-parte yang difailkan pada 17 April lalu oleh anggota jawatankuasa Umno Semporna, Mohd Ainal Abdul Fattah, 68.

Mohd Ainal menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden pertama dan Mohd Shafie sebagai responden kedua.

Hakim mendengar hujah daripada peguam kedua-dua pihak semalam dan menetapkan hari ini untuk memberikan keputusannya.

Mohd Shafie mempertahankan kerusi Parlimen Semporna dan akan juga bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Senallang pada pilihan raya umum esok.

Sementara itu, The Star Online melaporkan bahawa kes berkenaan ditolak kerana hakim memutuskan bahawa Mohd Ainal tidak mempunyai lokus standi untuk mengemukakan saman.

Mahkamah juga dilaporkan mengarahkan pemohon membayar kos sebanyak RM10,000 kepada setiap responden.

Shafie tidak hadir semasa perbicaraan hari ini dan peguam Mohd Ainal berkata bahawa dia akan menunggu arahan anak guamnya sama ada untuk memfailkan rayuan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*